Monday, 11 June 2012

.: Pelangi Itu Allah yang Punya :.

kuatlah..=)
" arghh!!! kenapa nasib aku selalu je macamni ??kenapa aku yang slalu gagal?kenapa aku yang diuji?bukan dia??bukn mereka??Allah..."

******

Ya!! Adatnya juga manusia...yang sentiasa mengeluh, atas nasib dan musibah yang tentunya datang dari Sang Pemilik Taqdir. Jika datangnya dari Dia,,tentulah ujian itu milikNya. Ya!! Redhalah hati,redhalah iman.."kerana aku hnya hmba~"

******

~Maka terkisahlah seorang hmba hina bercita-cita tinggi.....

Senyumku melebar panjang, Alhmdulillah, result meski x gempak,namun sudah cukup membuatkan aku syukur selari dgn kemampuan dan usahaku..segalanya aku kembalikan kepada Allah. Inilah hadiah yang kumampu berikan kepada diri sendiri, dan nyata sekali, ibu dan ayah juga gembira walau result sederhana.."sekurang-kurangnya layaklah anak mereka ini ke universiti," desis hatiku mengharap...

Setelah itu...

Saya mula menyimpan angan2 mninggi bak everest untuk mnjadi seorang doktor,walau payah akan tetap sy cuba!

******

7 MEI 2012,

firman Allah:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami beriman" dan mereka tidak diuji?~al-Ankabut,2~

Allah menguji keimanan saya, agar benar-benar saya mempercayaiNya,juga tqdirNya..GAGAL ke IPG, GAGAL juga ke matrikulasi...."universiti masih belum kluar,mngkin rezeki ku di situ"..
Namun.....siapa tahu rhsia tkdir..
saya masih lagi tetap GAGAL dalam permohonan ke upu..siapa lah yang sanggup menerima cubaan ini? saya berdoa agar Allah tsabatkan hati saya pada jalan ALLAH..dan percaya pada kecantikan aturan Allah,, saya percaya jauh di Lauh Mahfuz sana Allah telah menetapkn segalnya buat saya..

"aku punya cita2 untuk menjadi doktor.tapi...."

Mengenangkan itu, sy jadi semakin patah smngat..2 hari berendam air mata amat merunsingkan hati ibuku.."sabarlah,Allah sdg mnguji...mama x marah sbb mama nmpak kamu juga dah usaha gigih,kamu rajin,buan pemalas,x de alasn mama dan papa nk marah kamu sbb x dpt ke ipt.kami dah berpuas hati,cuma mungkin Allah nak uji kamu je..nak tgok stakat mana kamu mampu,mama yakin,kamu boleh hadapi..kamu kena kuat,mama doakn.. " itulh ibuku,yang selesa dipanggil mama..terus-terusan memberi smngt kepadaku,terima kasih Mama..Allah,terima kasih atas kurniaan ibu sbaik mama kepadaku..

"aku cemburu pada senarai maklumat institusi pengajian pelajar lepasan SPM..mereka ramai berjaya,dan aku?"

Membanding-bandingkan nikmat Allah, itu silap saya.. Saya memarahi diri, mengapa juga masih x bersyukur?bukankah Allah itu 'arkitek' hidup manusia?Dia yang telah melakar semua percaturan hidup hmbaNya..Maha Cantik Urusan Allah,,percayalah..

dan ayat seribu dinar terus2an membasahi hati dan lisanku..percaya pada makna sulaman ayat Allah itu..

Keluarga dan sahabat-sahabat tidak putus memberi smngat supaya saya sabar dan percaya bahawa Allah tlh mngaturkan perancangan hidup yang cantik buat saya, ada yg text, ade yg chat..masing2 bersama perwatakn sendiri, menghembus semngat bak jampi serapah agar saya tak goyah. rasa terharu tidak perlu dipersoal lagi, naluri insan mana yang tak tersentuh tatkala melihat sahabat2 datang menghulurkan tangan? berusaha menarik smangat aku yang jatuh menjunam ke dalam 'gaung kecewa' supaya selamat dan bangkit smula..

STPM jurusan agama menjadi medanku pula.selamat,mungkin.di sini aku suntik kembali smngat yang lemah. aku pujuk diri,mski GAGAL mnjadi doktor di hospital, namun aku terlalu amat bersyukur kiranya mampu menjadi doktor ummah..hati2 mereka byk yg sakit,mungkin aku lah 'doktor' mereka..pujuk hati berterusan..

******

3 MINGGU setelah itu..

aku bersyukur,ditempatkan di sini, SMKA FALAHIAH walau baru sekejap, aku bersyukur dgn tarbiahnya..insyaAllah,inilah bekalanku..

ukhuwwah fillah.. <3
KOLEJ MARA KULIM..ya!!nama aku tersenarai sbg pemohon rayuan yang terpilih mengikuti pngajian di sana.."Subhanallah, Alhmdulillah,ya Allah"..kalimat tasbih atas kecantikan takdirnya dan syukur atas kurniaan Allah melucur laju,akhirnya.. "inilah peluang  TERAKHIR kamu jika benar2 mahu mnjadi doktor", abangku bersuara memberi smngt, kelihatan juga riak gembira di wajahnya...ya Allah..terima kasih Allah atas pluang ini.."medik,cita2 yg pernah terkulai layu,kini melambai girang meminta aku mendapatkannya"..smuga aku kuat..

Alhmdulillah,ya Allah..

#terima kasih ku juga tidak terhingga buat insan yang telah mendoakn segenap hidupku,menguatkan dan membantuku..jazakumullah..=)

******
m.0.d.s. :  

1. Allah itu Maha Kasih pada hamba2Nya, mana mungkin Allah menzalimi hambanya. Allah telah menghantar saya hidup di atmosfera tarbiyah yang banyak supaya saya tahu menghargai setiap peluang yang ada.

2.  Allah takdirkan saya gagal, supaya saya mampu belajar bersyukur atas stiap nikmatNya yang jarang manusia syukuri...MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH..di situlah episod tarbiyah dalam permusafiran hidupku bermula..terima kasih Allah atas ujian ini.

3. paling penting,percayalah pada tqdir Allah..Allah Maha Bijaksana, Allah itu Maha Lembut..tiada siapa yang tahu di sebalik ujian yang datang, Allah belai pula kita dgn hikmahNya.ia bagaikan pelangi yang turun setelah hujan mnyimbah laju,"inna ma'al 'usri yusra"... =)

#Allah sembunyikan matahari, Allah bg hujan...oh,,rupa2nya Allah nak bagi plangi..thnx Allah..Alhmdulillah..








Friday, 1 June 2012

9 Sifat Wanita Cantik



1. Ghadul bashor (menundukkan pandangan)

2. Jujur.

3. Malu yang terlahir dari iman. Saidina Ali berkata:" orang yang (bersifat malu)menjadikan malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya".

4. Bibirnya basah dgn Istighfar.

5. Jaga kehormatan.

6. Rendah diri dan membina ukhuwwah.

7. Mengelakkan fitnah dan menjaga kesucian diri.

8. Sentiasa berwudhu'. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhu'."

9. Sentiasa menimba 'ilmu. " Barangsiapa menuntut ilmu bereti dia menuntut jalan ke syurga"-riwayat Muslim.


Friday, 25 May 2012

10 Muasafat Tarbiah

Dalam pembinaan jati diri seorang da'ie muslim, seharusnya  ada padanya 10 sifat berikut:





1. 'Aqidah yang sejahtera.

2. 'Ibadah yang sohih.

3. Akhlak yang mantap.

4. Luas pengetahuan.

5. Sihat tubuh badan.

6. Mampu berdikari dan bekerja.

7. Mujahadah melawan nafsu.

8. Teratur urusannya.

9. Sangat menghargai masa.

10. Bermanfaat kepada orang lain.

Saturday, 19 May 2012

Al-Quran & Sains 2: Solat di Awal Waktu..

BISMILLAH...



Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam


sumber http://www.facebook.com/photo.php?fbid=143645649099815&set=a.101250030006044.827.100003631411520&type=1

Thursday, 17 May 2012

Kerana Sang Mujahid.

bismillah..

di sebalik sekeping hati seorg hmba,
pasti Allah melemparkn jua fitrh cinta...
namun hati ini ingin menjaga,,
mnjaga buat yg halal semata..

biar nnti cintaku itu tulus untuknya,,
hnya dia yg satu,tiada dua dn tiga,,
biar nnti dia tidak rasa tersisih akn silamku,,
biar dia dihargai dlm hidupku,,
kerana dialh sang mujahidku,,
yang mampu mmbuka hatiku,,
tegas mnjaga maruah diri dan agama,,
'izzah agamanya dijaga sempurna,,
pergaulan dikawal sntiasa,,
Allah dn Rasul itulah yg utama,,
kerana itu aku yakin hnya dia imamku,
dia kurniaan halal untukku..

#marilah sama2 kita jaga hati.manfaatkan masa muda sebaiknyaPENTINGKAN YG LEBIH PENTING,kawan!.

kasih dan cintailah Allah dn Rasulnya melebihi segalanya dulu,hatta diri sndiri..


♥ "katakanlah jika engkau (bnar2) mencintai Allah,maka ikutilah aku,nescaya Allah akn mngasihimu dan mngampunan dosa2mu.Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang"3:31 ♥

Sunday, 29 April 2012

Sendu Seorang Hamba

di saat mereka mentertawakanku,
akibat jahilnya aku,
aku terus menelusuri hidup,
mski berbatu-batu,
mski penuh sendu,
sering jua aku rebah,
namun pahit aku mamah,
dalam hati bersalut jua gelisah,
bimbang saat akhir ku pasrah
kembali sbagai hmba yg lemah.

namun,
naluriku selayaknya seorang hamba,
pasti jua meronta-ronta,
meraung-raung segenap penjuru jiwa,
mndambakan ptunjuk dan pimpinan Yang Esa,
sntiasa mngharapkan pertolongan insan yg mengerti,,
memahami posisi dan kondisi diri,
dgn kehambaan dan kehinaan diri,
lantas membawaku pergi,
menuju syurga Ilahi..

"ya Allah,pimpinlah kami..dgrlah seruan hati2 kami..jgnlah Engkau hijabkn doa kami..ya Allah,kasihanilah kami.."

~insan yg dahagakn maghfirah-Mu~

Saturday, 28 April 2012

Jihad Paling Afdhal



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Agama adalah nasihat." para sahabat bertanya,"Kepada siapa?"

Rasulullah s.a.w. mnjelaskn : "Kepada Allah,kitabNya,Rasul-Nya,para pemimpin dan kepada umat Islam keseluruhannya."

Dalam syarah Imam al-Nawawi,beliau menerangkan amalan menasihati berdasarkan agama adalah merupakan tunjang yg sangat penting dlm Islam. Nasihat kpd Allah,kitabNya, dan RasulNya memberi pngertian mngajak manusia agr beriman kpd 3 pedoman ini. Manakala menasihati pemimpin pula menegurnya apabila melakukan kemungkaran. Semua ini semata2 tidak lain demi redha Allah dn pling utama sbg "pencen" akhirat seseorg,insyaAllah.

******
Melihat situasi hari ini,tatkala seorang penda'wah mngatakan tntang kepimpinan yg melanggar syariat, terus dia dipndg negatif malah lbih hebat dipinggirkn sbahagian msyarakat 'tertentu'.

Persoalannya, adakah "aqidah" peninggaln pnjajah yg memisahkn agama dgn politik?? Adakah agama "terpenjara" dlm lingkungan spiritual di msjid dn amalan sprti kmatian,perahwinan dan ibadat2 fardhu shja??

******
Mengapa perlu mnyempitkan minda? Luaskanlah sedikit. Pandanglah ke hadapan. Lihatlah kemajuan beragama. Keluarlah dari kepompong nafsu itu! Islam iu syumul (menyeluruh) dan indah..

Rasulullah s.a.w. pernah mnjadi ketua negara slama 10 tahun di Madinah, menyusun ekonomi negara, berperang, terlibat dgn perbincangan mngenai gencatan senjata serta menandatangani MoU( Memorandum of Understanding) dgn negara lain dan pelbagai peranan politik lain yg SEHARUSNYA menjadi panduan bg para pemimpin politik spnjang zaman.

Nah! Dari sudut mana lg membenarkan pemisahan politik dgn agama?!

Hanya kerana Malaysia negara mjmuk buknlh alasan ampuh dn kukuh . Bukankah Islam mengajar umatnya  untuk mnghormati agama lain? Atau kita yg tidak mendalami tentangnya? Tepuk dada,cepuk nafsu,tanya Iman.

******
Rasulullah s.a.w. bersbda lg : "Jihad yg paling afdhal adlh dgn berkata benar di hadapan pemerintah yg zalim." ( Riwayat al-Tirmizi no.2174, Abu Daud no.4344 dan al-Nasa'i no.7834)

Pengarang Kitab Tuhfah alAhwazi Sharh Sunan atTirmizi dn kitab 'Aun al-Ma'bud Sharh Sunan Abu Daud,memetik pndangan yg sgt menarik drpd Imam al-Khattabi dlm mnsyarahkn hdis,katanya:

" Berkata benar di hdpn pemerintah yg zalim mnjadi jihad yg paling afdhal kerana apabila seseorg sdng berjihad di medan perang,ia berada dlm dua kmungkinanm iaitu menang ataupun alah Nmun pabila berhadapan dgn pemerintah zalim,pastinya seseorg yg berkata itu tidak akn menang (scara fizikl penilaian duniawi) kerana pemerintah itu sedang berkuasa penuh."

Imam al-Sindi dlm Sharh Sunan an-Nasa'i pula menegaskan bahawa ia adalah jihad yg amat sdikit seseorg mujahid terselamat ataupun berjaya membetulkn pemerintah yg zalim, bahkan mereka yg akan dipersalahkn. Dlm kes lain,ada yg dihukum shingga tahap hukumn mati dgn cara yg amat ngeri.

Dalam kitab al-Mustadrak(no.4884) Imam alHakim meriwayatkan hadis drpd Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersbda yg bermaksud:" Penghulu org yg mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dn juga seorang pemuda yg bangkit menegur pemimpin yg zalim,sehingga dibunuh oleh pemerintah tersebut."

*SOLUSI isu no.41

******

Namun apakah realiti hari ini? Kepimpinan di negara kita seolah2 acuh tidak acuh ttg aspek aqidah umat Islam di Malaysia. Manakan tidak,hiburan yg terlalu amat melampau mnjadi sebati dalam jiwa msyarakt sehingga menjadi menu harian nfsu. Penjadualan konsert yg teratur dn padat melemahkan lagi imunisasi iman kita. Jika tidak konsert, maka pertandingan kecil2an juga sudah cukup. Asalkn masyarakt punya waktu untuk berhibur. Meskipun melampau dn lari terus dari garisan syara' !

Di manakah hilangnya tarbiah yang sedulunya subur menghijau dalam jiwa nenek moyang kita? Siapakah yg meragut hak tarbiah itu? Apakah yg menakluk jiwa kita sekarang? Mengapa jiwa agama kita terus dipijak-pijak mentah oleh ideologi2 kotor yg memisahkan Islam dgn kehidupan? Lemahkah kita sehingga hak kita sbg seorang Islam diratah-ratah membuta tnpa sebarang pembelaan? Ke mana hilangnya keagungan Islam dalam diri? Kemana?!! Jawablah iman...

Jika tidak bermula dari institusi paling atas, maka siapa lagi yang akn memperjuangkan Islam agama kebenaran dan keadilan di tanah air kita yg tercinta ini?Rakyat kini dahagakan agama. Iman meraung-raung di banjiran serakah dunia. 'Tiang' kami yg dulu tegak berdiri megah, kini runtuh hancur menyembah nafsu! Solat kami hilang. Ruh kami mati. Maka di mana pemimpin yg akan menghidupkan kembali ruh kami sementara jasad kami gagah berdiri kini? Sebelum jasad kami terkulai lemah dimamah bumi? Sebelum perhitungan Allah mnyapa ami? Sebelum nyawa direnggut dan buku amalan dibentangkan di hadapan kami? Siapakah yg akan membela kami?

"ya Allah,lindungi kami dari berterusan mnanggung penangguhan siksa adzab neraka-Mu..kurniakanlah kami kekuatan untuk mempertahankan agama kami,BERSIHkan lah hati2 kami..jernihkanlah hati2 kami untuk menerima agamaMu...Bukakanlah mata2 hati kami untuk melihat pada hikmah agama Mu,jgn lah kau hijabkannya dari kami,ya Allah.jadikanlah agama Mu sbg cara hidup kami semua. BERSIHkanlah hati2 kami, negara kami, kurniakanlah kami pemimpin yg BERSIH hatinya..agar kami pulang kpdMu dlm keadaan BERSIH spertimana kelahiran kami ke dunia sbg bayi yg BERSIH dahulu.."

~amin,ya Rabba'alamiin~

Thursday, 26 April 2012

Al-Quran dan Sains


bismillah..

Tahukah anda?Gnung Everest dlu bukn gunung,tapi dasar laut! Subhanallah~ Maha Suci Allah..

******
1. Menurut  kajian , lbih 60 juta tahun dlu,berlaku pergerakan plat tektonik bumi. Plat2 inilah yg bergerak tnpa hnti dan akhirnya bertembung sehingga mengakibtkn satu plak terangkat ke atas, dan satu lg ke bawah.dri plat yg menongkah secr berterusan itu akhirnya terbntuk Gunung Everest dan gunung2 lain..

Manakala plat yg tertolak ke bawah pula mncair akibat haba panas di perut bumi . Lahar ini menggelegak keluar melalui rekahan2 titik2 lemah di bumi,lalu terbentuklah gunung berapi sprti Krakatau kt Indonesia dn Eyjaffjokull at Iceland.

******

2. Humpback Rock kt puncak Gnung Humpback kt Amerika pulak menurut ahli geologi juga,1bilion tahun lalu,
batu2 di puncak gunung sbenarnya kt dasar laut,tapi disebabkn pergerakn tektonik jugalah,plat2 terangkat dan daya tolakan yg berterusan inilh yg mnyebabkn ia terus bergerak meninggi.

Allah juga mnjadikan gunung sbg pngimbang berat bg bumi . sebab tulah,gunung ad di serata benua,serta diimbngkan pula dgn lembah dn lurah di sekitarnya.Ini menyebabkn planet terus seimbng pada stiap sisi,dn beredar pada orbitnya..

Maknanya,,sumer gunung2 brgerak meskipun mata kasar kita melihatnya kaku dan tetap..Subhanallah..

******
Jadi,apakah yg kita boleh 'relate'kn bnda ni dgn alQURAN??


Allah s.w.t. telah membuktikannya dalam kitab alQuran dengan firman yg bermaksud :

"Engkau melihat gunung-gunung itu ,engkau menyangka ia tetap di tempatnya,padahal ia bergerak sprti jalannya awan.(Demikianlah) perbuatan Allah yg membuat dengan kukuh tiap2 sesuatu;sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"


 Subhanallah~ Maha Suci Allah yg mnciptakn langit dn bumi...=)

~tafakkur dlm dzikir~





La Tahzan,kawan.

saat hati mula kendur, smngat mula goyah, tangisan pula merobek harapan..mengoyak2..hncur!

******
sepatu itu ku sarung pada kaki, entah mana kiri, mana kanannya. Aku tak peduli! Masa itu emas. Aku bersama2 rakan yg lain berlari2 anak menuju ke kelas. SPM semakin hmpir.. namun,persediaan ku??cukupkah??

Aku bulatknnya sebagai tawakkal di hujung usahaku.. tqdirnya, itu urusn Allah.. tugasku hnya usaha dn usaha seterusnya berdoa agar Allah mmberikn ku yg terbaik, hendaknya,insyaAllah.

******
21 MAC 2012.. tarikh keramat.sebelum apa2,biarlah solat sunt dhuha itu menenangkan aku dahulu..setelah itu,aku bersama ibuku yg slesa dipanggil 'mama' menaiki kereta menuju ke MTSTM.kereta mama meluncur laju, sdang dalam hati masih berharap hari ini ialah mimpi. Kegelisahan tergambar jelas pd riak wajahku."Allah tahu usaha kak chik dan kak chik dah usaha," kata2 seorang ibu terus-menerus memberiku kata2 smngt.

setiba di sekolah,wajah setiap murabbi ku tatap,"apakah yg akan ku berikn kepada kalian?adakah hadiah, atau musibah?terbalaskah segala penat lelah kalian bersengkang mata untuk kami?" persoaln yg menghantuiku..ya Allah,bersalahnya aku...andai kecewa Murabbi ku akn terima.

 dn,akhirnya...sdih dn syukur bersatu dlm hati.. Alhmdulillah..dan, mngapa juga sedih menyelit??

******
"aku bina kembali harapan itu."

Allah sedang mnguji kau,aku dan mereka.ya! Semua kita diuji. Hidup itu juga ujian..ya, aku harus berani dan ampuh mnghadapi segala ujian Allah.[bukankah ujian itu tnda Allah rindu?rindu mndengar rintihan kita..]

Firman Allah: "Dialah yg mnciptakan mati dn hidup untuk mnguji kamu,siapa di antara kamu yg lbih baik amalnya. Dan Dialah Maha Perkasa lg Maha Pengampun" ~al-Mulk,ayat 2.~

Sahabat,di antara kita,ada yg diuji Allah dgn kejayaan, tidak kurg yg diuji dgn kegagaln.Kerana Allah Maha Tahu yg terbaik untuk kita. Yang berjaya agar lebih merendah diri dan bersyukur, yg gagal agar menghisab smula iman dn diri..Bersangka baiklah pada Allah. Mungkin Allah tidak mahu kita terbeban dgn sesuatu yg kita tidak mampu.

Allah berfirman lagi: "Allah tidak akn membebankan seseorang itu melainkan sesuai dgn kemampuannya"~al-Baqarah,ayat 286.~

Mungkin kita ingin menjadi engineer,doktor,ahli farmasi dan bermacam profession hebat lagi. Namun,ditakdirkan result tidak gempak.Mahu apply biasiswa jauh sama skali.

"Tapi masih berdegil aku mahu!Kerana itu cita2 aku smenjak kecil."

ya Allah,pimpinlah hati ini agar tabah. 

Pernah tak kita sedar? bahawa sebenarnya Allah sedang mengatur takdir untuk hidup kita,sedang kita masih menyalahkn takdir. "menagapa nasib aku begini? tidak seperti mereka". . Ya.bandingkan dan terus banding.tahukah sikap membandingkan mereka yg berada di atas itu melahirn rasa kufur nikmat?dan sentiasa pandang ke bawah melihat nasib mereka yang lebih malang pula membuahkan kesyukuran? Percayalah, Allah ingin mengaturkan sesuatu yg cantik buat dirimu.untuk mnjadikn dirimu seorang insan yg hebat.dari itu,belajarlah dari kesilapan yg lalu.engkau punya keistimewaanmu yg sndiri.hnya kerana engkau masih belum mnyingkapnya,mungkin.


Para Murabbi MTS yg sntiasa dirahmati dn dimuliakn Allah,aku mndoakn kalian agar sentiasa dlm payungan rhmat Allah, dunia hingga akhirat.

#buat diriku dan shabat2 skalian,aku mndoakn yg terbaik buat kalian.

~buat 3 shbt yang sentiasa bersama ku,sehingga kini aku mndoakn kalian.~
Huda Badrul Hisham: tahniah atas kcemerlanganmu!
Nurul Alwani : aku mendoakan engkau dpt mngejar cita2mu untuk menyempurnakan hafazan..
Azlin Amira : Allah Maha Tahu yg terbaik untukmu. aku doakn engkau berjaya ke asasi UIA.

==>dan buat semua shbat di MTSTM dn SRI KIBLAH,smoga Allah memberikan yg terbaik untuk kita,insyaAllah..

dan kalian doakn aku untuk ke IPG.

"ya Allah,kau perkenankanlah doa hmbaMu ini, kuatkanlah smngat kami,sahabat2 dunia akhiratini.."..amin,ya Allah..=)