Saturday, 28 April 2012

Jihad Paling Afdhal



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Agama adalah nasihat." para sahabat bertanya,"Kepada siapa?"

Rasulullah s.a.w. mnjelaskn : "Kepada Allah,kitabNya,Rasul-Nya,para pemimpin dan kepada umat Islam keseluruhannya."

Dalam syarah Imam al-Nawawi,beliau menerangkan amalan menasihati berdasarkan agama adalah merupakan tunjang yg sangat penting dlm Islam. Nasihat kpd Allah,kitabNya, dan RasulNya memberi pngertian mngajak manusia agr beriman kpd 3 pedoman ini. Manakala menasihati pemimpin pula menegurnya apabila melakukan kemungkaran. Semua ini semata2 tidak lain demi redha Allah dn pling utama sbg "pencen" akhirat seseorg,insyaAllah.

******
Melihat situasi hari ini,tatkala seorang penda'wah mngatakan tntang kepimpinan yg melanggar syariat, terus dia dipndg negatif malah lbih hebat dipinggirkn sbahagian msyarakat 'tertentu'.

Persoalannya, adakah "aqidah" peninggaln pnjajah yg memisahkn agama dgn politik?? Adakah agama "terpenjara" dlm lingkungan spiritual di msjid dn amalan sprti kmatian,perahwinan dan ibadat2 fardhu shja??

******
Mengapa perlu mnyempitkan minda? Luaskanlah sedikit. Pandanglah ke hadapan. Lihatlah kemajuan beragama. Keluarlah dari kepompong nafsu itu! Islam iu syumul (menyeluruh) dan indah..

Rasulullah s.a.w. pernah mnjadi ketua negara slama 10 tahun di Madinah, menyusun ekonomi negara, berperang, terlibat dgn perbincangan mngenai gencatan senjata serta menandatangani MoU( Memorandum of Understanding) dgn negara lain dan pelbagai peranan politik lain yg SEHARUSNYA menjadi panduan bg para pemimpin politik spnjang zaman.

Nah! Dari sudut mana lg membenarkan pemisahan politik dgn agama?!

Hanya kerana Malaysia negara mjmuk buknlh alasan ampuh dn kukuh . Bukankah Islam mengajar umatnya  untuk mnghormati agama lain? Atau kita yg tidak mendalami tentangnya? Tepuk dada,cepuk nafsu,tanya Iman.

******
Rasulullah s.a.w. bersbda lg : "Jihad yg paling afdhal adlh dgn berkata benar di hadapan pemerintah yg zalim." ( Riwayat al-Tirmizi no.2174, Abu Daud no.4344 dan al-Nasa'i no.7834)

Pengarang Kitab Tuhfah alAhwazi Sharh Sunan atTirmizi dn kitab 'Aun al-Ma'bud Sharh Sunan Abu Daud,memetik pndangan yg sgt menarik drpd Imam al-Khattabi dlm mnsyarahkn hdis,katanya:

" Berkata benar di hdpn pemerintah yg zalim mnjadi jihad yg paling afdhal kerana apabila seseorg sdng berjihad di medan perang,ia berada dlm dua kmungkinanm iaitu menang ataupun alah Nmun pabila berhadapan dgn pemerintah zalim,pastinya seseorg yg berkata itu tidak akn menang (scara fizikl penilaian duniawi) kerana pemerintah itu sedang berkuasa penuh."

Imam al-Sindi dlm Sharh Sunan an-Nasa'i pula menegaskan bahawa ia adalah jihad yg amat sdikit seseorg mujahid terselamat ataupun berjaya membetulkn pemerintah yg zalim, bahkan mereka yg akan dipersalahkn. Dlm kes lain,ada yg dihukum shingga tahap hukumn mati dgn cara yg amat ngeri.

Dalam kitab al-Mustadrak(no.4884) Imam alHakim meriwayatkan hadis drpd Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersbda yg bermaksud:" Penghulu org yg mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dn juga seorang pemuda yg bangkit menegur pemimpin yg zalim,sehingga dibunuh oleh pemerintah tersebut."

*SOLUSI isu no.41

******

Namun apakah realiti hari ini? Kepimpinan di negara kita seolah2 acuh tidak acuh ttg aspek aqidah umat Islam di Malaysia. Manakan tidak,hiburan yg terlalu amat melampau mnjadi sebati dalam jiwa msyarakt sehingga menjadi menu harian nfsu. Penjadualan konsert yg teratur dn padat melemahkan lagi imunisasi iman kita. Jika tidak konsert, maka pertandingan kecil2an juga sudah cukup. Asalkn masyarakt punya waktu untuk berhibur. Meskipun melampau dn lari terus dari garisan syara' !

Di manakah hilangnya tarbiah yang sedulunya subur menghijau dalam jiwa nenek moyang kita? Siapakah yg meragut hak tarbiah itu? Apakah yg menakluk jiwa kita sekarang? Mengapa jiwa agama kita terus dipijak-pijak mentah oleh ideologi2 kotor yg memisahkan Islam dgn kehidupan? Lemahkah kita sehingga hak kita sbg seorang Islam diratah-ratah membuta tnpa sebarang pembelaan? Ke mana hilangnya keagungan Islam dalam diri? Kemana?!! Jawablah iman...

Jika tidak bermula dari institusi paling atas, maka siapa lagi yang akn memperjuangkan Islam agama kebenaran dan keadilan di tanah air kita yg tercinta ini?Rakyat kini dahagakan agama. Iman meraung-raung di banjiran serakah dunia. 'Tiang' kami yg dulu tegak berdiri megah, kini runtuh hancur menyembah nafsu! Solat kami hilang. Ruh kami mati. Maka di mana pemimpin yg akan menghidupkan kembali ruh kami sementara jasad kami gagah berdiri kini? Sebelum jasad kami terkulai lemah dimamah bumi? Sebelum perhitungan Allah mnyapa ami? Sebelum nyawa direnggut dan buku amalan dibentangkan di hadapan kami? Siapakah yg akan membela kami?

"ya Allah,lindungi kami dari berterusan mnanggung penangguhan siksa adzab neraka-Mu..kurniakanlah kami kekuatan untuk mempertahankan agama kami,BERSIHkan lah hati2 kami..jernihkanlah hati2 kami untuk menerima agamaMu...Bukakanlah mata2 hati kami untuk melihat pada hikmah agama Mu,jgn lah kau hijabkannya dari kami,ya Allah.jadikanlah agama Mu sbg cara hidup kami semua. BERSIHkanlah hati2 kami, negara kami, kurniakanlah kami pemimpin yg BERSIH hatinya..agar kami pulang kpdMu dlm keadaan BERSIH spertimana kelahiran kami ke dunia sbg bayi yg BERSIH dahulu.."

~amin,ya Rabba'alamiin~

No comments:

Post a Comment