Sunday, 29 April 2012

Sendu Seorang Hamba

di saat mereka mentertawakanku,
akibat jahilnya aku,
aku terus menelusuri hidup,
mski berbatu-batu,
mski penuh sendu,
sering jua aku rebah,
namun pahit aku mamah,
dalam hati bersalut jua gelisah,
bimbang saat akhir ku pasrah
kembali sbagai hmba yg lemah.

namun,
naluriku selayaknya seorang hamba,
pasti jua meronta-ronta,
meraung-raung segenap penjuru jiwa,
mndambakan ptunjuk dan pimpinan Yang Esa,
sntiasa mngharapkan pertolongan insan yg mengerti,,
memahami posisi dan kondisi diri,
dgn kehambaan dan kehinaan diri,
lantas membawaku pergi,
menuju syurga Ilahi..

"ya Allah,pimpinlah kami..dgrlah seruan hati2 kami..jgnlah Engkau hijabkn doa kami..ya Allah,kasihanilah kami.."

~insan yg dahagakn maghfirah-Mu~

Saturday, 28 April 2012

Jihad Paling Afdhal



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Agama adalah nasihat." para sahabat bertanya,"Kepada siapa?"

Rasulullah s.a.w. mnjelaskn : "Kepada Allah,kitabNya,Rasul-Nya,para pemimpin dan kepada umat Islam keseluruhannya."

Dalam syarah Imam al-Nawawi,beliau menerangkan amalan menasihati berdasarkan agama adalah merupakan tunjang yg sangat penting dlm Islam. Nasihat kpd Allah,kitabNya, dan RasulNya memberi pngertian mngajak manusia agr beriman kpd 3 pedoman ini. Manakala menasihati pemimpin pula menegurnya apabila melakukan kemungkaran. Semua ini semata2 tidak lain demi redha Allah dn pling utama sbg "pencen" akhirat seseorg,insyaAllah.

******
Melihat situasi hari ini,tatkala seorang penda'wah mngatakan tntang kepimpinan yg melanggar syariat, terus dia dipndg negatif malah lbih hebat dipinggirkn sbahagian msyarakat 'tertentu'.

Persoalannya, adakah "aqidah" peninggaln pnjajah yg memisahkn agama dgn politik?? Adakah agama "terpenjara" dlm lingkungan spiritual di msjid dn amalan sprti kmatian,perahwinan dan ibadat2 fardhu shja??

******
Mengapa perlu mnyempitkan minda? Luaskanlah sedikit. Pandanglah ke hadapan. Lihatlah kemajuan beragama. Keluarlah dari kepompong nafsu itu! Islam iu syumul (menyeluruh) dan indah..

Rasulullah s.a.w. pernah mnjadi ketua negara slama 10 tahun di Madinah, menyusun ekonomi negara, berperang, terlibat dgn perbincangan mngenai gencatan senjata serta menandatangani MoU( Memorandum of Understanding) dgn negara lain dan pelbagai peranan politik lain yg SEHARUSNYA menjadi panduan bg para pemimpin politik spnjang zaman.

Nah! Dari sudut mana lg membenarkan pemisahan politik dgn agama?!

Hanya kerana Malaysia negara mjmuk buknlh alasan ampuh dn kukuh . Bukankah Islam mengajar umatnya  untuk mnghormati agama lain? Atau kita yg tidak mendalami tentangnya? Tepuk dada,cepuk nafsu,tanya Iman.

******
Rasulullah s.a.w. bersbda lg : "Jihad yg paling afdhal adlh dgn berkata benar di hadapan pemerintah yg zalim." ( Riwayat al-Tirmizi no.2174, Abu Daud no.4344 dan al-Nasa'i no.7834)

Pengarang Kitab Tuhfah alAhwazi Sharh Sunan atTirmizi dn kitab 'Aun al-Ma'bud Sharh Sunan Abu Daud,memetik pndangan yg sgt menarik drpd Imam al-Khattabi dlm mnsyarahkn hdis,katanya:

" Berkata benar di hdpn pemerintah yg zalim mnjadi jihad yg paling afdhal kerana apabila seseorg sdng berjihad di medan perang,ia berada dlm dua kmungkinanm iaitu menang ataupun alah Nmun pabila berhadapan dgn pemerintah zalim,pastinya seseorg yg berkata itu tidak akn menang (scara fizikl penilaian duniawi) kerana pemerintah itu sedang berkuasa penuh."

Imam al-Sindi dlm Sharh Sunan an-Nasa'i pula menegaskan bahawa ia adalah jihad yg amat sdikit seseorg mujahid terselamat ataupun berjaya membetulkn pemerintah yg zalim, bahkan mereka yg akan dipersalahkn. Dlm kes lain,ada yg dihukum shingga tahap hukumn mati dgn cara yg amat ngeri.

Dalam kitab al-Mustadrak(no.4884) Imam alHakim meriwayatkan hadis drpd Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersbda yg bermaksud:" Penghulu org yg mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dn juga seorang pemuda yg bangkit menegur pemimpin yg zalim,sehingga dibunuh oleh pemerintah tersebut."

*SOLUSI isu no.41

******

Namun apakah realiti hari ini? Kepimpinan di negara kita seolah2 acuh tidak acuh ttg aspek aqidah umat Islam di Malaysia. Manakan tidak,hiburan yg terlalu amat melampau mnjadi sebati dalam jiwa msyarakt sehingga menjadi menu harian nfsu. Penjadualan konsert yg teratur dn padat melemahkan lagi imunisasi iman kita. Jika tidak konsert, maka pertandingan kecil2an juga sudah cukup. Asalkn masyarakt punya waktu untuk berhibur. Meskipun melampau dn lari terus dari garisan syara' !

Di manakah hilangnya tarbiah yang sedulunya subur menghijau dalam jiwa nenek moyang kita? Siapakah yg meragut hak tarbiah itu? Apakah yg menakluk jiwa kita sekarang? Mengapa jiwa agama kita terus dipijak-pijak mentah oleh ideologi2 kotor yg memisahkan Islam dgn kehidupan? Lemahkah kita sehingga hak kita sbg seorang Islam diratah-ratah membuta tnpa sebarang pembelaan? Ke mana hilangnya keagungan Islam dalam diri? Kemana?!! Jawablah iman...

Jika tidak bermula dari institusi paling atas, maka siapa lagi yang akn memperjuangkan Islam agama kebenaran dan keadilan di tanah air kita yg tercinta ini?Rakyat kini dahagakan agama. Iman meraung-raung di banjiran serakah dunia. 'Tiang' kami yg dulu tegak berdiri megah, kini runtuh hancur menyembah nafsu! Solat kami hilang. Ruh kami mati. Maka di mana pemimpin yg akan menghidupkan kembali ruh kami sementara jasad kami gagah berdiri kini? Sebelum jasad kami terkulai lemah dimamah bumi? Sebelum perhitungan Allah mnyapa ami? Sebelum nyawa direnggut dan buku amalan dibentangkan di hadapan kami? Siapakah yg akan membela kami?

"ya Allah,lindungi kami dari berterusan mnanggung penangguhan siksa adzab neraka-Mu..kurniakanlah kami kekuatan untuk mempertahankan agama kami,BERSIHkan lah hati2 kami..jernihkanlah hati2 kami untuk menerima agamaMu...Bukakanlah mata2 hati kami untuk melihat pada hikmah agama Mu,jgn lah kau hijabkannya dari kami,ya Allah.jadikanlah agama Mu sbg cara hidup kami semua. BERSIHkanlah hati2 kami, negara kami, kurniakanlah kami pemimpin yg BERSIH hatinya..agar kami pulang kpdMu dlm keadaan BERSIH spertimana kelahiran kami ke dunia sbg bayi yg BERSIH dahulu.."

~amin,ya Rabba'alamiin~

Thursday, 26 April 2012

Al-Quran dan Sains


bismillah..

Tahukah anda?Gnung Everest dlu bukn gunung,tapi dasar laut! Subhanallah~ Maha Suci Allah..

******
1. Menurut  kajian , lbih 60 juta tahun dlu,berlaku pergerakan plat tektonik bumi. Plat2 inilah yg bergerak tnpa hnti dan akhirnya bertembung sehingga mengakibtkn satu plak terangkat ke atas, dan satu lg ke bawah.dri plat yg menongkah secr berterusan itu akhirnya terbntuk Gunung Everest dan gunung2 lain..

Manakala plat yg tertolak ke bawah pula mncair akibat haba panas di perut bumi . Lahar ini menggelegak keluar melalui rekahan2 titik2 lemah di bumi,lalu terbentuklah gunung berapi sprti Krakatau kt Indonesia dn Eyjaffjokull at Iceland.

******

2. Humpback Rock kt puncak Gnung Humpback kt Amerika pulak menurut ahli geologi juga,1bilion tahun lalu,
batu2 di puncak gunung sbenarnya kt dasar laut,tapi disebabkn pergerakn tektonik jugalah,plat2 terangkat dan daya tolakan yg berterusan inilh yg mnyebabkn ia terus bergerak meninggi.

Allah juga mnjadikan gunung sbg pngimbang berat bg bumi . sebab tulah,gunung ad di serata benua,serta diimbngkan pula dgn lembah dn lurah di sekitarnya.Ini menyebabkn planet terus seimbng pada stiap sisi,dn beredar pada orbitnya..

Maknanya,,sumer gunung2 brgerak meskipun mata kasar kita melihatnya kaku dan tetap..Subhanallah..

******
Jadi,apakah yg kita boleh 'relate'kn bnda ni dgn alQURAN??


Allah s.w.t. telah membuktikannya dalam kitab alQuran dengan firman yg bermaksud :

"Engkau melihat gunung-gunung itu ,engkau menyangka ia tetap di tempatnya,padahal ia bergerak sprti jalannya awan.(Demikianlah) perbuatan Allah yg membuat dengan kukuh tiap2 sesuatu;sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"


 Subhanallah~ Maha Suci Allah yg mnciptakn langit dn bumi...=)

~tafakkur dlm dzikir~





La Tahzan,kawan.

saat hati mula kendur, smngat mula goyah, tangisan pula merobek harapan..mengoyak2..hncur!

******
sepatu itu ku sarung pada kaki, entah mana kiri, mana kanannya. Aku tak peduli! Masa itu emas. Aku bersama2 rakan yg lain berlari2 anak menuju ke kelas. SPM semakin hmpir.. namun,persediaan ku??cukupkah??

Aku bulatknnya sebagai tawakkal di hujung usahaku.. tqdirnya, itu urusn Allah.. tugasku hnya usaha dn usaha seterusnya berdoa agar Allah mmberikn ku yg terbaik, hendaknya,insyaAllah.

******
21 MAC 2012.. tarikh keramat.sebelum apa2,biarlah solat sunt dhuha itu menenangkan aku dahulu..setelah itu,aku bersama ibuku yg slesa dipanggil 'mama' menaiki kereta menuju ke MTSTM.kereta mama meluncur laju, sdang dalam hati masih berharap hari ini ialah mimpi. Kegelisahan tergambar jelas pd riak wajahku."Allah tahu usaha kak chik dan kak chik dah usaha," kata2 seorang ibu terus-menerus memberiku kata2 smngt.

setiba di sekolah,wajah setiap murabbi ku tatap,"apakah yg akan ku berikn kepada kalian?adakah hadiah, atau musibah?terbalaskah segala penat lelah kalian bersengkang mata untuk kami?" persoaln yg menghantuiku..ya Allah,bersalahnya aku...andai kecewa Murabbi ku akn terima.

 dn,akhirnya...sdih dn syukur bersatu dlm hati.. Alhmdulillah..dan, mngapa juga sedih menyelit??

******
"aku bina kembali harapan itu."

Allah sedang mnguji kau,aku dan mereka.ya! Semua kita diuji. Hidup itu juga ujian..ya, aku harus berani dan ampuh mnghadapi segala ujian Allah.[bukankah ujian itu tnda Allah rindu?rindu mndengar rintihan kita..]

Firman Allah: "Dialah yg mnciptakan mati dn hidup untuk mnguji kamu,siapa di antara kamu yg lbih baik amalnya. Dan Dialah Maha Perkasa lg Maha Pengampun" ~al-Mulk,ayat 2.~

Sahabat,di antara kita,ada yg diuji Allah dgn kejayaan, tidak kurg yg diuji dgn kegagaln.Kerana Allah Maha Tahu yg terbaik untuk kita. Yang berjaya agar lebih merendah diri dan bersyukur, yg gagal agar menghisab smula iman dn diri..Bersangka baiklah pada Allah. Mungkin Allah tidak mahu kita terbeban dgn sesuatu yg kita tidak mampu.

Allah berfirman lagi: "Allah tidak akn membebankan seseorang itu melainkan sesuai dgn kemampuannya"~al-Baqarah,ayat 286.~

Mungkin kita ingin menjadi engineer,doktor,ahli farmasi dan bermacam profession hebat lagi. Namun,ditakdirkan result tidak gempak.Mahu apply biasiswa jauh sama skali.

"Tapi masih berdegil aku mahu!Kerana itu cita2 aku smenjak kecil."

ya Allah,pimpinlah hati ini agar tabah. 

Pernah tak kita sedar? bahawa sebenarnya Allah sedang mengatur takdir untuk hidup kita,sedang kita masih menyalahkn takdir. "menagapa nasib aku begini? tidak seperti mereka". . Ya.bandingkan dan terus banding.tahukah sikap membandingkan mereka yg berada di atas itu melahirn rasa kufur nikmat?dan sentiasa pandang ke bawah melihat nasib mereka yang lebih malang pula membuahkan kesyukuran? Percayalah, Allah ingin mengaturkan sesuatu yg cantik buat dirimu.untuk mnjadikn dirimu seorang insan yg hebat.dari itu,belajarlah dari kesilapan yg lalu.engkau punya keistimewaanmu yg sndiri.hnya kerana engkau masih belum mnyingkapnya,mungkin.


Para Murabbi MTS yg sntiasa dirahmati dn dimuliakn Allah,aku mndoakn kalian agar sentiasa dlm payungan rhmat Allah, dunia hingga akhirat.

#buat diriku dan shabat2 skalian,aku mndoakn yg terbaik buat kalian.

~buat 3 shbt yang sentiasa bersama ku,sehingga kini aku mndoakn kalian.~
Huda Badrul Hisham: tahniah atas kcemerlanganmu!
Nurul Alwani : aku mendoakan engkau dpt mngejar cita2mu untuk menyempurnakan hafazan..
Azlin Amira : Allah Maha Tahu yg terbaik untukmu. aku doakn engkau berjaya ke asasi UIA.

==>dan buat semua shbat di MTSTM dn SRI KIBLAH,smoga Allah memberikan yg terbaik untuk kita,insyaAllah..

dan kalian doakn aku untuk ke IPG.

"ya Allah,kau perkenankanlah doa hmbaMu ini, kuatkanlah smngat kami,sahabat2 dunia akhiratini.."..amin,ya Allah..=)